Book Description
Arjini meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu setelah kecewa melihat bapanya melayani ibunya dengan kasar sekali. Di kota, dia mempercayai gurunya, Azizul tetapi kepercayaan itu hanya untuk peringkat awal. Lama-kelamaan dia tahu siapa sebenar lelaki itu. Nampak sahaja berilmu, tetapi tidak memegang amanah. Malah, dia berusaha mencari kesempatan terhadap pelajar-pelajarnya. Arjini dapat mengharungi kehidupan di kota walaupun terlalu banyak dugaan. Kakak angkatnya, Norhaidah menjaganya dengan baik. Namun, Norhaidah sendiri sudahpun terperangkap dengan pujuk rayu Azizul dan kawannya, Zahrain. tambahan lagi, wanita itu menderita kerana adik kandungnya menjadi mangsa kebuasan lelaki yang tidak bertanggungjawab.