Benci Ke Sayang?


Book Description

Bertunang? Gila ke apa? Tambah-tambah lagi, bakal tunangnya adalah Dr. Qasyiful Hakim a.k.a Dr. serius 24 jamyang tak habis-habis dengan muka ketat dia. Oh, tidak! Stress la macam ni! Dia tidak mahu, tapi dia terpaksa. Bencilah! Ah, Erena Amani kena cari idea untuk buat Dr. Qasyiful Hakim tarik diri dari pertunangan ni. Plan A? Hmm… gagal! Plan B? Gagal juga! Plan C pun sama. Pendek kata, semua plan gagal! Aduh, nak buat macam mana ni? Encik tunangnya itu langsung tidak terkesan dengan segala idea gilanya. Dia siap boleh tayang muka tak ada perasaan lagi. “Awak dengar baik-baik, ya! Walaupun papa beria-ia nak saya kahwin dengan awak, tapi awak jangan berangan yang saya akan jatuh cinta pada awak!” Kemunculan Natasya yang begitu mesra dengan encik tunangnya membuatkan Erena cemburu! Eh, aku dah terjatuh cinta ke? Bermacam-macam perkara dilakukan untuk menarik hati Qasyiful, tetapi encik tunangnya itu buat-buat tak nampak. Lagi parah, Natasya sentiasa mencari jalan untuk mengganggu-gugat hubungan mereka.




Benci Itu Rindu


Book Description

Mariah gadis kampung yang tabah dan cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Dia ditakdirkan lahir dalam keluarga yang serba kekurangan. Demi kasihnya terhadap keluarga, Mariah sanggup berkorban waima terpaksa melupakan cita-citanya. Sesungguhnya, takdir itu tidak pernah teramal. Nasib hidup Mariah berubah tanpa terduga apabila ditakdirkan bertemu jodoh dengan Azizan. Sangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tatkala mengetahui Azizan berkahwin dengannya atas dasar ingin membalas dendam, hancur lebur sekeping hati Mariah. Parah luka hatinya bila harga diri jadi sendaan. Mahligai indah impiannya bergoncang, retak seribu ditiup ribut kekecewaan. Dendam Azizan akhirnya bertukar cinta. Dilupakan kisah masa lalu setelah menyedari hatinya sudah terpaut. Mariah cinta pertamanya. Sungguh hati lelakinya diburu kekesalan berpanjangan. Sukarnya meleburkan sekeping hati Mariah yang sudah membeku. Mampukah dia merawat kelukaan Mariah? Dapatkah Azizan mencantumkan semula keretakan mahligai cinta mereka?




Love You Forever


Book Description

Aku tak pernah rasa bahagia dalam hidupku. Aku berharap ibu dapat menerimaku sebagai anaknya. Aku juga berharap dapat meraih cinta suamiku. Tetapi... sanggup abang? Kenapa selalu buat Farah begini? Abang pentingkan perempuan lain daripada isteri abang sendiri. Farah cintakan abang dan akan tunggu abang sampai bila-bila. – FARAH ALWANI Perempuan tak guna. Kalau ibu kau sendiri tak terima kau sebagai anak, jangan haraplah aku nak terima kau sebagai isteri aku. Aku hanya cintakan Amalina. Aku tak boleh hidup dengan perempuan yang aku tak cinta. Berambus kau dari hidup aku! – QALIFF FAKHRUL Akhirnya aku berjaya juga menghapuskan perempuan itu dalam hidup Rul. Rul hanya untuk aku. Harta dia kepunyaan aku. Aku sanggup buat apa saja untuk menghapuskan orang yang jadi penghalang cintaku. Aku tak sanggup kehilangan Rul. – WAN AMALINA Hidup aku musnah. Masa depan aku menjadi gelap. Aku benci kau, Farah. Aku benci kau! Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau sebagai darah daging aku. Disebabkan kaulah maruah aku tercalar. Aku benci kau! – KALSOM




Alahai, Mat Salih!


Book Description

Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja. Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya, Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis. Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami panasaran dengan isteri sendiri? Alahai, Mat Salih… kerana kau aku hampir gila!




Imamku, Mr. Kimchi


Book Description

Kecewa dikhianati kekasih hati, Kang Hae Jin nekad membunuh diri di perairan Malaysia. Takdir ALLAH telah mengatur segalanya. Dia diselamatkan keluarga nelayan, Pak Cik Hanifah. Fatimah Al-Zahra, anak Pak Cik Hanifah sering membayanginya siang dan malam. Lemah lembut pada fizikalnya, namun sukar hendak mendekatinya menjadikan gadis itu istimewa pada pandangan Kang Hae Jin. Menjadikan dia terlalu ingin hendak mengenali gadis itu. Saat hati sudah sayang, perpisahan dipinta sebagai pilihan. Kang Hae Jin kembali ke Korea. Saat perpisahan, rasa rindu dan sayang makin membara, namun terhalang dek perbezaan budaya dan agama. Juga sikap Zara yang makin mendingin menyebabkan dia dirundung rasa kecewa.




Gaduh-Gaduh Sayang


Book Description

“Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata. Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak jadi nak kahwin dengan aku.” Syazana memasang tekad. “Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walau aku masih teringatkan Qistina. Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome. Apa kata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala.” Rafi qi merancang. Kalau sudah jodoh, akhirnya kahwin juga.




DEKATNYA CINTA


Book Description

Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak. Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar. Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.




Alfred Kropp: The Seal of Solomon


Book Description

Before The 5th Wave, there was Alfred Kropp. This second book in Rick Yancey's lauded series was called a "rip-roaring story that teens will love" in School Library Journal's starred review. Things have just settled down for Alfred, when he's suddenly kidnapped and forced to face a terrible threat--the Seal of Solomon. For millennia, the fallen angels of heaven were controlled by the ring. Now the ring has been stolen, and if it's not recovered, all hell will break loose . . . Packed with thrills and laughs on every page, the second book in New York Times bestselling author Rick Yancey's series proves once again that heroes can come from anywhere, and anyone. Perfect for fans of James Patterson! Praise for The Extraordinary Adventures of Alfred Kropp: A Publishers Weekly Best Children's Book of the Year Carnegie Medal nominee Book Sense Children's Pick




SAPU TANGAN BIRU


Book Description

Alamak! Tertumpah pula air kopi yang dibawa ke atas gaun seorang gadis. Maki hamun gadis itu menyebabkan Ray geram! "Jasmin Alia." Nama yang tersulam pada sapu tangan sutera berwarna biru langit. Sapu tangan itu menjadi saksi dirinya diperlekehkan. Disebabkan sapu tangan itu, Ray nekad untuk berhijrah. Di kota, Ray berkenalan dengan Datuk Wahab yang telah menawarkannya pekerjaan. Pertembungan dengan Jasmin Alia menyebabkan Ray terkejut. Walaupun gadis itu tidak mengenalinya lagi, Ray tidak pernah lupa! Dianggap pemuda miskin yang datang dari kampung terceruk, Ray terus dihina. Rupa-rupanya Ray ada aura istimewa. Tiba-tiba emosi Jasmin Alia jadi tak tentu arah. Rasa bencinya tenggelam, rasa rindunya pula menjulang. Walaupun sudah mempunyai kekasih, Ray mesti digoda dengan apa saja cara.




Kahwin Tiga Kali


Book Description

KALAU dah jodoh, tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua. Begitulah diibaratkan dengan Farizan Natasha yang bertemu jodoh dengan Tengku Azman setelah kecewa diceraikan Shah Iskandar, suami tercinta. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia diduga untuk kali kedua. Tengku Azman pergi meninggalkan Farizan Natasha bersama Engku Nisha dan kandungan yang semakin membesar. Shah Iskandar pula mula menyesali kesilapan diri dan ingin menagih kasihnya kembali. Darwish, lelaki yang dikenali hampir 25 tahun dahulu, pernah menjadi lelaki yang dicintai Farizan Natasha. Mereka berdua terpisah oleh peredaran masa. Di Terengganu, mereka berdua kembali bertemu. Siapakah yang akan memiliki cinta dan membahagiakan Farizan Natasha dan anak-anaknya? “Buat masa ni, Sha tahulah abang sayangkan Sha. Tapi esok lusa manalah tahu kan kut-kut abang dah jumpa bidadari, terus tinggalkan Sha. Abang, Sha sayangkan abang dengan sepenuh hati. Janji dengan Sha yang abang takkan tinggalkan Sha ya.” - Farizan Natasha. “Bila abang pandang wajah dia, abang terbayangkan Sha dan bila abang pandang wajah Sha, abang terbayangkan dia. Abang amat mencintai kedua-duanya, Sha.” – Shah Iskandar. “Idea yang bagus tu. Kita ikut sunah nabi, perempuan pinang lelaki. I like!” - Tengku Azman. “Maksud abang, kalau nanti kita bertemu semula dan kalau-kalau masa tu kita berdua belum kahwin, kita berdua kahwin ajelah.” - Darwish.