Cinta… Aku Doakan


Book Description

Bertemu semula dengan Syafiq setelah bertahun-tahun terpisah membuatkan hati Ameerah gembira dan leka. Hidup bagai ditaburi bintang berkelipan. Apatah lagi dengan layanan Syafiq terhadapnya yang mesra dan begitu menyayangi. Namun, hati Ameerah terdetik bila sesekali bayangan sejarah hitam antara kedua-dua keluarga menerjah di sudut memori. Harraz muncul ke dalam hidup dua sejoli itu. Dia menjadi tempat mereka meluahkan masalah. Ameerah tiada perasaan lain terhadap lelaki itu kecuali menghargai dan sikap ambil berat yang dicurahkannya. Namun dia terkedu apabila menerima pengakuan cinta daripada Harraz yang tidak pernah diduga sama sekali. Kini, Amerah keliru dengan perhatian daripada kedua-dua jejaka itu. Antara Syafiq dan Harraz... dia tidak pasti siapa yang lebih layak untuk bertakhta di hatinya.




Cinta Aku Seadanya


Book Description

ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya. Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.




Cinta Sufi


Book Description

PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.




Sunan Musafir


Book Description

ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta. Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah. Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan? Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka? Ramlee Awang Murshid dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitikberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.




Tombiruo Terakhir


Book Description

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat Amiruddin dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.




Fiksyen 302


Book Description

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan. Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan! RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.




Langit Cinta


Book Description

Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia. Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.




Cinta di Blue Mountains


Book Description

Awadilia dan Fahmi Sazly saling menyintai antara satu sama lain. Tetapi lelaki itu, tidak pernah melafazkan kata. Pinangan keluarga lelaki itu ditolak. Dia tahu, dia bukannya pilihan hati Fahmi Sazly tapi kemahuan keluarganya. Dengan hati yang remuk, Awadilia mengahwini Dani dan berhijrah ke Australia. Tidak lama selepas itu, Dani pergi menghadap Ilahi. Hanya Jimie, anak tirinya sebagai teman pengubat duka. Selepas enam tahun, Awadilia kembali ke Malaysia. Fahmi Sazly muncul dan mengaku masih mencintainya. Hati Awadilia terubat. Cinta mereka mula bertaut. Tetapi malangnya, jodoh mereka bukan di dunia. Awadilia pasrah. Dia yakin Fahmi Sazly redha andai lelaki lain yang menjadi pendamping hidupnya.




Mencari Cinta


Book Description

Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima. Ilham kembali dari Jepun dengan status suami orang. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat. Namun, setiap saat hatinya meronta. Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; Hidup Baik-baik kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!




Bukan Salah Cinta


Book Description

Megdelina, gadis manis yang jadi perhatian. Memang ramai lelaki yang cuba mengusiknya tapi dia tidak peduli. Cuma usikan Yusoffe dia rasa lain macam. Ini bukan kes mengusik tetapi kes menyakitkan hati. Jenis mulut longkang! Megdelina tidak akan jatuh hati pada orang begini. Dia hanya mengharapkan lelaki yang berbudi dan berhemah tinggi. Namun Yusoffe ingin melamarnya. Permintaan itu terlalu berat! MenerimaYusoffe bererti dia mengecewakan Emmareeza, adiknya yang menaruh kasih pada lelaki itu. Sama ada dia pasrah atau tidak, pasti ada hati yang akan terluka. Pada masa yang sama, Chef Syafil turut menaruh perasaan terhadapnya. Namun, dia menganggap lelaki itu sebagai sahabat dan jiran yang paling baik.