JANGAN LUPAKAN AKU


Book Description

Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. "Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!" Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup. Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. "Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!" Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya.




KUKEJAR KAU LARI


Book Description

Sejak kecil Nadira dibesarkan di Rumah Anak-anak Yatim Al-Mustaqim. Namun dia harus pergi kerana diambil oleh keluarga angkat yang kaya-raya. Dia protes. Akhirnya, dia meninggalkan rakan-rakannya, iaitu Zariq, Tajol dan Busrya. Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula. Namun, dalam rindu dan sayang ada rasa benci di hati. Kemunculan Nadira membuatkan banyak hati yang kecewa. Pertemuan itu tidak menggembirakan Zariq. Dia tahu perasaan Nadira terhadapnya, tetapi dia tidak sanggup melihat Tajol, sahabat baiknya terluka kerana gadis itu. Busyra pula tersasar arah. Cintanya pada Zariq rupa-rupanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dia benci Nadira! Dia cemburukan Nadira! Nadira juga apabila Busyra selalu mendekati Zariq. Namun cinta bersegi-segi ini makin konflik bila Hardy, abang angkatnya meluahkan perasaan cinta.




Cinta Atas Kertas


Book Description

Sekembali dari perantauan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara, Qhalif dikahwinkan dengan Mia atas pilihan ibunya. Kenapa dengan Mia sedangkan dia amat mencintai kakaknya, Adira? Bukti cinta itu terpahat di dalam setiap surat yang dikirimkan sepanjang tempoh 20 tahun sungguhpun Adira tidak pernah membalasnya. Adira hanya pasrah. Dia tidak meminta sesuatu selain kebahagiaan Mia. Biarlah rasa cinta itu dipendam seorang diri. Tidak mahu melayani kekecewaan, dia menjalin hubungan dengan Zarul, duda anak satu yang menghadapi konflik dengan bekas isteri dan bapa mentuanya. Perkahwinan Mia dan Qhalif hanya bertahan lima bulan. Kemalangan yang menimpa mereka menyebabkan kecacatan teruk pada Qhalif. Mia tidak sanggup menghadapinya. Dia harus menuntut cerai! Sampai hati Mia. Hidup Qhalif bagai dipukul badai. Ingin meraih cinta Adira, Zarul sudah menakluki hati gadis itu. Adira pula walaupun cintanya masih pada Qhalif, dia terpaksa akur pada takdir. Sudahnya masing-masing memendam perasaan. Dan dua tahun berikutnya, segala-galanya terbongkar - rahsia yang memutikkan perasaan kasih, sayang, cinta dan benci! “Qhalif kata surat-surat dia adalah bukti cinta Qhalif pada Di.” “Alah... cinta atas kertas saja, abah. Cinta yang tak pasti.”




AKU ALERGIK CINTA


Book Description

Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.




Satu Janji


Book Description

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.




Ceritera Rindu


Book Description

IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya. Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.




Aku Mahu Kamu


Book Description

EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.




Irama Semalam


Book Description

MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata. Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?




Hei... Aku Kenal Cinta


Book Description

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari seorang gadis yang boleh berlakon menjadi kekasihnya. Dia tahu siapa yang boleh menggalas tugas itu. Ellisa! Terkejut Ellisa diterjah Ashriq, lelaki yang baginya perasan bagus disebabkan kepopularannya di kampus. Menyampah! Tetapi tawaran lelaki itu sungguh mengujakan. Jika dia terima watak sebagai ‘kekasih’ Ashriq, Ashriq memberi jaminan bahawa bandnya dapat menyertai pertandingan Battle of the Band hingga ke peringkat akhir. Wah, benar-benar hebat! Tetapi bolehkah dia bertahan dengan Ashriq? Lebih banyak keburukan yang akan dihadapinya berbanding kebaikan. Sudah pasti dia menjadi bahan gosip dan bakal berdepan dengan ‘mean girl’ terbesar kampus - Arianna. Teruk tekanannya.




Buat Yang Tersayang


Book Description

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu. Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.