Mimpi Yang Pasti


Book Description

Mengisahkan seorang remaja yang kehadirannya tidak dipinta kerana dilahirkan hasil daripada hubungan terlarang. Sejak itu, Adi Putera membesar tanpa kasih sayang dan belaian manja. Ayah entah siapa. Ibunya seriang tiada. Dia membesar dengan ''''tegahan'''' - jangan buat itu, jangan buat ini, jangan nakal, jangan main api... jangan, jangan dan jangan. Akhirnya, jiwa remaja Adi memberontak. Bersama kawan-kawan rapatnya, dia menyertai kumpulan Mat Motor. Dalam diam, Nani menyukai Adi, namun pemuda itu hanya mencintai Nurul seorang. Dalam satu perlumbaan haram, adi cedera parah sehingga mengalami gangguan jiwa. Lebih mengecewakannya apabila Nurul turut menjadi perhatian Azman sehingga berhasrat untuk mengahwininya.





Book Description




Jawapan Yang Pasti


Book Description

ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi




The V


Book Description

This book is a collection of articles, poetry, and stories about the emancipation of women, men, and those in between; Their right, their vision, their empowerment, their dilemmas, and so much more for those born with The V, and those who were not, and those who wish they have, this book is for you. You don't have to be anti-men, to be pro-women; You just need a heart and the courage. You have The V? Own The V. (Terfaktab Media)




Tiada Lagi Mimpi


Book Description

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?




Tak Seindah Mimpi


Book Description

Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi. Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah. Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?




Hadirmu Satu Kurnia


Book Description

Beliau menyepi bukan kerana tidak mahu lagi menulis tetapi di sebaliknya. Walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali ke persada penulisan, akhirnya beliau berjaya menyiapkan ''''Hadirmu Satu Kurnia''''. Jalan cerita dalam novel ini benar-benar membuai perasaan kita. Jazlan yang amat mengasihi Fidelya seorang keturunan Portugis telah membawa mereka ke jinjang pelamin. Namun kasih sayang mereka teruji apabila Fidelya menghidapi penyakit kronik. Pemergian Fidelya begitu terasa dan Jazlan terpaksa membawa diri ke luar negara. Beberapa tahun kemudian dia kembali. Dalam masa yang sama suatu mimpi misteri sering menggamit lenanya. Apakah maksud di sebalik mimpi itu? Dalam pencarian maksud mimpi itu, dia mengenali Jasmina dan Nathalia. Kedua-dua gadis itu begitu istimewa di hatinya.




Cinta Pencuri Mimpi


Book Description

Kali pertama mereka bersua, Airis jatuh dari pokok. Yang lebam punggungnya, tetapi yang jatuh hati pula Zahier. Jatuh tahap gaban kononnya. Kali kedua terserempak, Zahier tertolak Airis ke dalam lopak air. Airis yang basah lencun tapi Zahier pula yang kelemasan dan mahu Airis menyelamatkannya. Mengada-ngada Keliru. Itu yang Airis rasakan. Lelaki ini peguam atau pencuci pinggan? Puas dia mengelak tetapi Zahier pula seperti magnet yang merosakkan koordinat hatinya. Siang teringat, malam terbayang dan di antaranya ada bisa rindu yang berdenyut-denyut. "Zahier, awak kaki buli yang baik hati." "Airis... awak gadis yang terlalu naif."




Yang Indah Hanya Mimpi


Book Description

Razif dan Norjinah - waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Konflik rumah tangga yang membadai tidak pernah surut. Razif kecewa, Norjinah ada lelaki lain. Adakah kerana dia sudah tua, maka Norjinah beralih kasih pada yang muda? Kalau begitu… dia pun mampu pasang dua! Retak seribu hati Norjinah dituduh curang oleh si suami. Kasihnya pada lelaki kedua hanya sekadar lakonan, sedangkan di hatinya cuma ada satu nama. Razif! Tapi mengapa Razif sanggup menduakannya? “Siapa yang cintakan Ji tak penting, bang. Siapa yang Ji cinta, itu yang penting.” Norseha dan Badrul – hidup mereka terus berantakan. Norseha benci dengan kelahiran Lukman. Jangankan mahu pegang, pandang pun tak sudi. Hiba hati Badrul melihat Lukman seperti yatim piatu disisih ibu sendiri. Pada Norseha, Lukman anak yang tidak dikehendaki. Berkali-kali dia minta diceraikan. Tapi, Badrul bukan dayus. Kesabarannya semata-mata kerana Lukman. “Aku sudah menghampakan dia hanya kerana mahu berkorban untuk Norseha. Sayangnya pengorbanan itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya. Apakah aku akan lebih dihargai apabila memilih Sharifah Yasmin?”




Keranamu Aku Rela


Book Description

Air mata Tasnim tidak pernah kering. Merebut cinta Jeffrey dia dibenci keluarga lelaki itu. Namun jodoh mereka kuat. Dia bahagia. Malangnya takdir menentukan Jeffrey disahkan menghidap leukimia. Setiap hari menunggu mati, Jeffrey hiba melihat derita Tasnim. Dia merencana sendiri. Isterinya berhak memiliki bahagia kedua. Jadi, Tasnim mesti dilepaskan. Tasnim akan dipaksa kahwin lain. Dia sendiri sudah memilih lelaki yang bakal menjadi suami baru Tasnim. Cinta Tasnim cinta mati. Berulang kali dia menolak kemahuan Jeffrey. Dia rela jadi balu daripada mereka bercerai hidup! Namun, Jeffrey tetap melafazkan talak. Tasnim pasrah. Hatinya remuk-redam. Mereka berpisah bukan dek sengketa! Cuma, dia bingung disuruh mengahwini lelaki yang memang dikenalinya. Kuatkah Jeffrey melihat dia bersama lelaki itu? Bahagialah, Tasnim. Cinta matimu hidup dalam hatiku.