RINDU AWAK 200%


Book Description

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?




Sayang Awak, Sayang


Book Description

SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik. Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...” Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.




Cinta MOU


Book Description

“Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh.” Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya. Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya.




PROJEK THRILLER - BAYI


Book Description

PRODIGI – Fitri Hussin Selepas lebih sepuluh tahun menunggu, akhirnya pasangan Yakub dan Zarina dikurniakan juga seorang anak oleh ALLAH SWT. Tetapi tidak lama selepas dilahirkan, Sofea, bayi mereka diculik dan diburu oleh dua pihak. Siapakah sebenarnya bayi yang ditunggu dan dicari Agensi Palang sejak tahun 1824 itu? Siapa pula Iqbal? Apakah yang berlaku kepada Sofea? “Terlalu penting. Lahirnya akan membawa bencana kepada kita. Dia akan membongkar segala penipuan kita. Menggegarkan dunia dan mungkin menjatuhkan kita." Stamford Raffles. Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna "Modus operandinya sama. Wanita, berseorangan dan muda. Ditikam pada bahagian leher. Cuma kali ini, janinnya dikeluarkan. Seperti ada orang lain yang melakukan cara pembunuhan yang sama dalam lingkungan tempat yang lebih kurang dekat dengan pembunuhan pertama.” Novel untuk Atikah – Resmanshah “Betul kata ayah kamu. Kejap lagi, semuanya akan berakhir!” laung gadis itu ketawa semahu-mahunya. Lalu diangkat kapaknya. Lantas dilibas sekuat tenaga!




Mulut Kata Benci


Book Description

“Aku benci kau, benci keluarga kau! Sampai mati, aku takkan lupa apa yang kau orang buat pada aku.” Lumat kebencian Jannah Amilia terhadap Arash Luqman. Sedari kecil, dia ditujah dengan penghinaan dan ejekan daripada Arash Luqman sekeluarga. Malah, tubuh kecilnya juga sering diseksa. Pada Jannah, keluarga Arash adalah ahli sihir. Peristiwa hitam pada malam enam jahanam, memusnahkan hidup Jannah. Semuanya seakan tiada erti lagi. Malang datang bertindih-tindih. Hiduplah Jannah dengan berendam air mata. Tatkala bahagia menyapa, dugaan semakin hebat mewarnai. Semalam, sang kekasih hulurkan bulan dan bintang. Hati dihiasi sekebun bunga cinta. Esoknya, sang kekasih hadiahkan duka dan lara. Taman hati terus hangus terbakar. Hidup Jannah jadi kosong semula.




Satu Janji


Book Description

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.




Ruang Rindu


Book Description

Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?




Semusim Rindu


Book Description

Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa... Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...




Art of the Helicopter


Book Description

The modern helicopter is a sophisticated device which merges a surprising number of technologies together. This wide range of disciplines is one of the fascinations of the helicopter, but it is also makes a complete understanding difficult. Those searching for an understanding of the helicopter will find The Art of the Helicopter invaluable. John Watkinson approaches every subject associated with the helicopter from first principles and builds up in a clearly explained logical sequence using plain English and clear diagrams, avoiding unnecessary mathematics. Technical terms and buzzwords are defined and acronyms are spelled out. Misnomers, myths and old wives tales (for there are plenty surrounding helicopters) are disposed of. Whilst the contents of the book are expressed in straightforward language there is no oversimplification and the content is based on established physics and accepted theory. The student of helicopter technology or aerodynamics will find here a concise introduction leading naturally to more advanced textbooks on the subject.* Designed to complement the instruction of PPL(H) flying training in order to assist helicopter pilots in-training to achieve their "wings".* Clear and simple diagrams aid verbal explanations to provide an easy to understand account of how helicopters are made, how they fly and how to fly them.* The only book to cover all the aspects of helicopter design, manufacture and performance in one volume.




Getaran Rindu


Book Description

Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil. Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati? Segala-galanya terjawab dalam GETARAN RINDU.