Selagi ada dia


Book Description

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka. Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya. Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?




Usikan Rindu


Book Description

KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu! Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan. Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan taringnya. Normala sedih bukan kepalang. Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati siapalah yang tahu...




Janjiku Bersamamu


Book Description

Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya. Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana. Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam. Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?




Aku Mahu Kamu


Book Description

EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.




Sayangku Merajuk


Book Description

BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara? Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti! Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia! Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah! Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?




Spanar Rindu Skru


Book Description

Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya. Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin; “Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”




Kekasih Olok-Olok


Book Description

JULIANA... gadis kacukan Melayu-Cina, melarikan diri dari rumah setelah mengetahui pengkhianatan yang telah dilakukan oleh ayah kandungnya sendiri. Di saat dirinya terumbang-ambing, dia bertemu dengan seorang lelaki yang sudi menghulurkan bantuan, tetapi bersyarat. Syarat yang mengikat Juliana dan Asyraf sebagai kekasih olok-olok. Di hadapan Melisa, lakonan harus menjadi nyata agar wanita bergelar model itu tidak lagi mengejar Asyraf. Di dalam lakonan, berputik cinta Asyraf dan Juliana. Di saat mereka sedang menikmati manisnya cinta, Juliana dikejutkan dengan satu kebenaran yang tak diduga. Dia nekad meninggalkan Asyraf. Asyraf yang ditinggalkan berasa kecewa.




Sepasang Kurung Pink


Book Description

Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Cantik manalah perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung. Kerja pun setakat guru sekolah. Hisy! Mana padan dengan dia. Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya. Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin membulinya? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki. Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibencinya itu menjadi pengubat rindunya.




Awak Jangan Nakal


Book Description

Pernah dengar pasal Geng Mat Ngek? Ya, memang Ayu jatuh cinta dengan Shahrul. Tapi Shahrul tak senakal Geng Mat Ngek yang suka mengusik, menyakat, membahan dan mengenakan kaum perempuan. Lebih-lebih lagi ketua Geng Mat Ngek, Jeffry. Nakalnya… Bencinya dia melihat Jeffry. Namun, apa yang kita harapkan adakala lain yang jadi. Disebabkan berada pada masa, tempat dan keadaan yang salah, Ayu terpaksa menerima Jeffry sebagai suaminya. Perkara yang tak pernah dibayangkan terjadi dalam hidupnya, membuatkan dia sengsara. Hubungannya dengan ibu menjadi dingin. Terpaksa pula berhadapan dengan keluarga Jeffry yang kacau-bilau. Argh... tertekan! Macam manalah hidup dia selepas sebumbung dengan Jeffry? Sedangkan dia masih mengharapkan Shahrul.




Gigitan


Book Description

Seorang demi seorang mangsa mati lemas di pantai perkelahan Port Dickson. Mayat mangsa tidak ditemui dan hilang ghaib begitu sahaja. Insiden ini membuatkan Inspektor Hadi keliru dan bingung memikirkan hal ini. Belum pernah terjadi insiden seperti ini. Inspektor Hadi telah meminta bantuan Imran, pengawal pantai yang bertugas di situ untuk menyiasat. Namun masih gagal mendapat apa-apa maklumat. Seorang wartawan bernama Jamal telah menulis cerita tentang insiden ini dan mengatakan yang mangsa bukan lemas tapi dipercaya dibaham buaya. Inspektor Hadi dan Imran tidak mempercayai cerita itu sehinggalah pada suatu hari abang ipar Imran, Darus mendapat kecederaan di kaki ketika berkelah di pantai itu. Kesan gigitan itu telah disahkan oleh Doktor Rayan yang mangsa digigit buaya. Mungkin buaya itu sesat dan masuk ke laut untuk mencari makanan. Berita itu telah menggemparkan penduduk di situ. Mereka tidak berani lagi keluar berkelah di hujung mimggu dan ini membuat sektor pelancongan Port Dickson terjejas teruk. Benarkah pantai Port Dickson tercemar dengan buaya? Betul ke cerita yang ditulis Jamal atau hanya rekaan semata-mata? Tapi Doktor Rayan mengesahkan yang mangsa digigit buaya. Inspektor Hadi dan Imran Buntu memikirkan hal ini. Sama ada ia betul ataupun tidak, hanya akan terjawab dalam novel ini.