Alahai, Mat Salih!


Book Description

Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja. Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya, Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis. Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami panasaran dengan isteri sendiri? Alahai, Mat Salih… kerana kau aku hampir gila!




3 Kata Hati


Book Description

Rindu - Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat. Kasih - Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya. Cinta - Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya? Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?




Ruang Rindu


Book Description

Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?




Bukan Hanya Sesaat


Book Description

PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah. Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.




Ingin Berkasih Lagi


Book Description

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya. Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya. Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.




Biru Ungu Cintaku


Book Description

Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam. Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!




Diriku Usah Dicari


Book Description

“Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!” Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya. “Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”




Sayang Sekelip Mata


Book Description

SAFA menyesal menerima tawaran kerja barunya. Nak ditolak, sudah terlambat. Dia enggan merempat dan mengaggur lebih lama lagi. Lebih parah apabila dia berdepan dengan Maliki yang dibencinya ketika melaporkan diri. "Safa boleh tak awak jangan panggil saya encik?" "Tapi encik kan anak majikan saya? Jadi, saya rasa lebih sesuai kalau saya panggil Encik Maliki." Hati Maliki tercabar kerana dilayan dingin. Dia mahu mencuba nasib untuk memenangi semula hati wanita itu yang dirasakan sudah keras seperti tunggul kayu. Rasa cemburu mula membara di hatinya apabila melihat Daniel seperti mahu mendekati Safa. Mana boleh dibiarkan rakan karibnya itu memenangi hati wanita itu! Hubungan antara Safa dan Maliki agak kompleks dan rumit. Ada rahsia yang disimpan dan sukar untuk dibongkarkan. Lima tahun yang lalu, mereka berkasih sehingga sanggup menentang adat dan budaya. Namun kini, rasa cinta dan benci bercampur aduk pada masa yang sama. Mengapa Maliki tidak kenal penat mengejar sedangkan Safa ligat melarikan diri?




Be My Partner


Book Description

NUR SANDRA AIRY, seorang gadis yang hanya meminati lelaki mat salih. Namun, kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Berkat doa ibu bapanya yang mengharapkan anak gadis mereka jatuh cinta pada jejaka Melayu, akhirnya hati Nur Sandra Airy yang keras itu dicairkan lelaki Melayu buta bernama Aiman Zikry. Namun, fasa bahagia mereka tidak lama kerana satu ? tnah dahsyat melenyapkan kisah cinta mereka.Nur Sandra Airy lari ke Paris dan menyambung pengajian di sana. Setelah tamat belajar, dia balik ke Malaysia dan menjadi pereka kasut yang terkenal. Tiba-tiba muncul lelaki bernama Azam yang mirip wajah Aiman Zikry. Nur Sandra Airy jadi keliru dengan hatinya sendiri.Berjayakah Azam memiliki hati dan cinta Nur Sandra Airy? Adakah Nur Sandra Airy akan menerima lamaran lelaki bernama Azam itu sedangkan hatinya masih merindui Aiman Zikry?




Jalan Terakhir


Book Description

Seri seorang gadis yang tercaricari arah hidupnya. Haluan hidupnya terbayang apabila teman baiknya, Dr. Zakiah menawarkan jawatan kosong di pusat penjagaan rumah orang tua. Pak Idris pula merasakan diri disisih oleh anaknya Zainal dan menantunya Munirah bila dia ditempatkan di rumah orang tua atas kehendak menantunya. Segalanya bermula apabila Pak Idris mengesyaki tragedi kematian demi kematian penghuni di rumah orang tua itu ada kaitannya dengan misteri pembunuhan. Hasratnya untuk menyiasat tidak mendapat sokongan temanteman rapat. Apabila Pak Idris sendiri dijumpai mati, misteri pembunuhan itu mula tertutup.