Emilya Zulaikha


Book Description

EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma. Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...





Book Description




SETIA SAMPAI AKHIR


Book Description

Kita tidak mungkin tidak punya persoalan. Jadi kalau kita ikut Tuhan Yesus supaya bebas dari masalah; kita salah, kita keliru, dan kita pasti menjadi rapuh. Masalah tidak mungkin tidak kita alami. Tapi Allah itu mengatur semua dengan sempurna, apalagi untuk anak-anak-Nya. Maka jangan lawan Dia. Dia sediakan yang terbaik untuk kita. Dan pencobaan tidak melebihi kekuatan manusia; bukan kekuatan anak Tuhan. Jadi manusia manapun sebenarnya ditopang, dilindungi oleh Tuhan, karena Tuhan itu Allah atas semua makhluk manusia. Tuhan menopang. Jadi kita harus mempersenjatai diri dengan pikiran: masalah harus dihadapi. Dan ingat! masalah Tuhan izinkan terjadi supaya kita tegar.




KAHWIN DENGAN SAYA


Book Description

Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak. Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apatah lagi si seksi yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut. Namun pertama kali bertemu Qara Nisa, ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia. Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang.




Jalinan Kasih


Book Description

Entahlah, aku tak mahu memikirkan ini semua, aku tak dapat menipu diri sendiri. Aku takut hari perpisahan akan datang juga... Perjalanan kita masih jauh lagi. Masih panjang. Walaupun satu masa nanti kita terpaksa berpisah aku yakin kita akan berjumpa semula. Tuhan akan makbulkan doa kita...




Cantik Sehijau Epal


Book Description

‘Ujian Saringan Pilih Menantu’ dijalankan untuk mencari bakal isteri buat Firouz Iman Syah, pewaris tunggal harta pusaka Datuk Zakir. Empat orang gadis sudah bersetuju untuk menjalani ujian itu yang diadili oleh Puan Meisa. Lidya Ariana – gadis miskin, bercita-cita mahu merealisasikan impiannya untuk mengahwini Firouz. Kerana itu, dia menyamar sebagai seorang gadis kaya agar setaraf dengan lelaki pujaannya itu. Dewi Jelita – gadis ‘gedik’ juga sepupu Firouz yang pernah ditangkap berkhalwat cuba memikat lelaki itu agar diperisterikan untuk menutup malu. Dia bertindak agresif untuk menyingkirkan pesaing-pesaingnya dengan cara kotor hingga sanggup membunuh! Rania Arina – hanya mengenali Firouz ‘gitu-gitu’sahaja. Namun, lelaki itu ada hati terhadapnya. Firouz menjeratnya untuk memasuki ujian saringan itu yang sememangnya tidak pernah diketahuinya. Bidadari – punya sejarah duka dalam keluarga Puan Meisa. Sengaja memboloskan diri dalam ujian saringan itu untuk membongkar suatu rahsia peribadi ayah kepada Dewi Jelita. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku membuatkan Firouz pening kepala untuk mencari calon isteri yang sesuai. Namun, ada kejutan tidak disangka telah membungakan hatinya. Itulah sebenarnya yang dicari-cari selama ini.




Horison


Book Description




Puisi dan antipuisi


Book Description

Criticism on Indonesian poems.




新加坡期刊索引


Book Description




Bahtera Kasih


Book Description

Carra Lina suatu nama milik seraut wajah yang memikat hati lelaki. Suaranya yang lunak dan manja mampu menggugat sesiapa yang mendengarnya. Inilah gadis yang sering didambakan oleh Ichlas dan dipuja oleh Ryan dalam diam. Namun, dia keliru untuk menitipkan kasihnya antara mereka. Halangan daripada keluarga tidak mengizinkannya mengecapi kebahagiaan bersama Ichlas, seorang kasanova. Kini, pilihan Carra Lina cuma kepada Ryan yang pernah menyelamatkannya. Tapi bagaimana pula dengan jejaka itu? Dapatkah dia memberikan harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan demi cintanya pada Carra Lina? Bagaimana Carra Lina menangani masalahnya. Jika Ichlas datang untuk merebut cinta Carra Lina, adakah dia menerimanya? Tidakkah Ryan cuba memenangi hati Carra Lina dan menjadi seorang lelaki yang terbaik kepada gadis itu?