Book Description
AKU Ainin Sofiya. Aku bahagia meniti kehidupanku bersama suami tercinta, Ahmad Ziyad. Kehidupanku diserikan dengan kehadiran puteri dan putera yang amat aku sayangi. Kebahagiaan yang kukecapi ini tidak terungkap dengan kata-kata. Apabila Ziyad menyatakan hasrat mahu membawaku berbulan madu, hatiku berbelah bahagi. Berat hatiku ingin meninggalkan putera dan puteriku untuk jangka masa yang lama. “Sayang, abang memang dah berniat nak bawa sayang pergi honeymoon. Lepas kita kahwin, kita hanya sempat pergi Sabah aje. Tu pun sekejap dan secara sembunyi-sembunyi. Abang rasa bersalah pada sayang kerana tak mampu gembirakan hati sayang.”