Be My Partner


Book Description

NUR SANDRA AIRY, seorang gadis yang hanya meminati lelaki mat salih. Namun, kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Berkat doa ibu bapanya yang mengharapkan anak gadis mereka jatuh cinta pada jejaka Melayu, akhirnya hati Nur Sandra Airy yang keras itu dicairkan lelaki Melayu buta bernama Aiman Zikry. Namun, fasa bahagia mereka tidak lama kerana satu ? tnah dahsyat melenyapkan kisah cinta mereka.Nur Sandra Airy lari ke Paris dan menyambung pengajian di sana. Setelah tamat belajar, dia balik ke Malaysia dan menjadi pereka kasut yang terkenal. Tiba-tiba muncul lelaki bernama Azam yang mirip wajah Aiman Zikry. Nur Sandra Airy jadi keliru dengan hatinya sendiri.Berjayakah Azam memiliki hati dan cinta Nur Sandra Airy? Adakah Nur Sandra Airy akan menerima lamaran lelaki bernama Azam itu sedangkan hatinya masih merindui Aiman Zikry?




PROJEK THRILLER - BAYI


Book Description

PRODIGI – Fitri Hussin Selepas lebih sepuluh tahun menunggu, akhirnya pasangan Yakub dan Zarina dikurniakan juga seorang anak oleh ALLAH SWT. Tetapi tidak lama selepas dilahirkan, Sofea, bayi mereka diculik dan diburu oleh dua pihak. Siapakah sebenarnya bayi yang ditunggu dan dicari Agensi Palang sejak tahun 1824 itu? Siapa pula Iqbal? Apakah yang berlaku kepada Sofea? “Terlalu penting. Lahirnya akan membawa bencana kepada kita. Dia akan membongkar segala penipuan kita. Menggegarkan dunia dan mungkin menjatuhkan kita." Stamford Raffles. Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna "Modus operandinya sama. Wanita, berseorangan dan muda. Ditikam pada bahagian leher. Cuma kali ini, janinnya dikeluarkan. Seperti ada orang lain yang melakukan cara pembunuhan yang sama dalam lingkungan tempat yang lebih kurang dekat dengan pembunuhan pertama.” Novel untuk Atikah – Resmanshah “Betul kata ayah kamu. Kejap lagi, semuanya akan berakhir!” laung gadis itu ketawa semahu-mahunya. Lalu diangkat kapaknya. Lantas dilibas sekuat tenaga!




Kuutus Rindu


Book Description

KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina. Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan. Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamaran-nya yang penuh makna! Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan! Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi? Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!




Langit Cinta


Book Description

Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia. Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.




Kekasih Olok-Olok


Book Description

JULIANA... gadis kacukan Melayu-Cina, melarikan diri dari rumah setelah mengetahui pengkhianatan yang telah dilakukan oleh ayah kandungnya sendiri. Di saat dirinya terumbang-ambing, dia bertemu dengan seorang lelaki yang sudi menghulurkan bantuan, tetapi bersyarat. Syarat yang mengikat Juliana dan Asyraf sebagai kekasih olok-olok. Di hadapan Melisa, lakonan harus menjadi nyata agar wanita bergelar model itu tidak lagi mengejar Asyraf. Di dalam lakonan, berputik cinta Asyraf dan Juliana. Di saat mereka sedang menikmati manisnya cinta, Juliana dikejutkan dengan satu kebenaran yang tak diduga. Dia nekad meninggalkan Asyraf. Asyraf yang ditinggalkan berasa kecewa.




Saat Kau Hadir


Book Description

Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya. Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.




Cinta Bunga Tulip


Book Description

Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair! Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta! Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.




Perhitungan


Book Description

Hirzan Abu... anak kampung yang terusir dari tanah tumpah darahnya sendiri angkara rancangan jahat abang dan kakak tirinya. Dia membawa hati yang luka ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk mengubah hidupnya. Akibat terpedaya, akhirnya dia terperangkap di tangan Syed Zainal, ketua pengedar dadah. Sebaik tersedar sudah tersasar jauh, dia mahu kembali ke pangkal jalan. Namun, itu bukan sesuatu yang mudah. Dia dipaksa menjadi keldai dadah dan akhirnya terpenjara di bumi Amerika. Hidup di penjara amat menyeksakan. Kerana satu kejadian, dia berjaya melepaskan diri. Pelariannya membawa dia ke Hong Kong. Di sana, dia menerima kejutan yang tidak disangka. Bersendirian menghadapi dua kumpulan kongsi gelap telah mengubah corak kehidupannya.




Sayang Si Lanun


Book Description

WAFIYA WAFA - Dia tidak mahu mewarisi harta peninggalan Haji Wahid. Dia tidak betah menghadap air laut walaupun di situlah tempatnya dibesarkan. Hatinya lebih gembira menatap lukisan kaku berbanding air masin. Tapi impiannya musnah apabila terpaksa menunaikan wasiat abahnya untuk menguruskan Sun Beach Resort. Paksaan yang menemukan dia dengan Lanun Pulau Sibu, Ghazi Faiq. Si lanun itu tidak akan dapat mengaburi matanya untuk menjual tanah Sun Beach Resort. Itu tekadnya. GHAZI FAIQ - Dia akan pastikan jiran sebelah itu menjual tanahnya. Dia akan lakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan tanah Sun Beach Resort. Dia tidak akan mengalah pada gadis kepala batu seperti Wafiya Wafa. Gadis itu pasti akan tunduk dengan pujuk rayu dan ayat manisnya. Tanah itu akan menjadi milik Hotel Diamond. Itu azamnya. Pulau Sibu menjadi huru-hara gara-gara Wafiya dan Ghazi. Tanpa diduga, perasaan kasih mula hadir dalam diri masing-masing. Namun, banyak halangan yang menyekat perasaan kasih itu daripada berkembang. Berjayakah si lanun memecahkan tembok halangan itu agar dia dapat bersatu dengan puteri hatinya?




Suite 1908


Book Description

Mengisahkan suka duka kehidupan seorang perempuan simpanan bernama Saerah. Biarpun dia tahu cara hidupnya tidak bermoral, namun dia terpaksa kerana mahu membantu keluarga di samping dia sendiri dapat menikmati kemewahan dan glamor. Bagaimanapun Datuk Karim tidak berlaku jujur terhadapnya. Di belakang Saerah, lelaki itu telah menjalin hubungan dengan wanita lain. Kecurangan ini terbukti dengan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Datin Kay kepada Saerah. Sejak mengetahui kecurangan lelaki itu Saerah menjauhkan dirinya. Perubahan ini menggembirakan Datin Rose, isteri Datuk Karim yang selama ini mendendaminya kerana Saerah dianggap sebagai perosak rumah tangganya. Datuk Karim menyedari kesilapannya dan berusaha mencari Saerah tetapi gagal. Biarpun hatinya masih menyayangi Datuk Karim namun Saerah terpaksa memilih satu keputusan yang muktamad. Dia harus memilih kehidupan baru yang diredhai ALLAH.