Mari Bermain, Ibu!


Book Description

Let's Play, Mom! - Malay edition A touching story told by a first grade girl. A girl who finds a way to make her mom feel better and happier. Nothing can be more precious than the time they spend together playing. This childrenÕs story has a message for children and parents alike, teaching kids compassion and creativity, while reminding parents the importance of quality time with their children.




Mannequin


Book Description

Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan juga sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada watak yang dipegangnya itu. Seorang kru dirasuk. dan seorang kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Kisah lama dibongkarkan kembali. Wanita misteri tuan empunya butik turut berkaitan rapat.




Rahsia Cinta Ibu (Mom's Secret Love)


Book Description

Cut Hamizalia, a Grandaughter of The last King of Aceh decendent Teungku Panggiran Achmad, has decide to across the sea alone, and get her step aunt,that study in Penang Island to cure her mother, Cut Zamrina from depression after both kids death. A pretty young lady that split with her fiancee,Teuku Lendra Hakiem during the journey since Teuku heard about the conflict of Sabah 1963, must agreed with God's faith to settle down as normal people in Kampung Sungai Tapah, Ipoh Malaysia and grew up two step sons after her read a letter from juwita bin kusadi. Cut Hamizalia found life was hard as a normal people with step son that always against her, regardless how good she taking care of them. Her son always utilize Nadia to reach his dream living in England as rich boy. After waiting for 17 years, Cut Hamizalia was terrible shock meeting her fiancee ever again in her daughter’s wedding, where her step aunt, Cut Zamalia has using critical situation, to pressure Teuku Lendra Hakiem stop look after Cut Hamizalia and marry her. Hamra marrying Lukman is a new momentum of reunion the tengku panggiran achmad's family, but Teuku Lendra Hakiem still keep his love and respect to Cut Hamizalia,therefore he always protect Hamra for Cut Zamalia's pressure. Hamra that having overweight body, even a very pretty look always suffer on bully by her mom's step aunt as well as all rich family of Teuku Lendra Hakiem, Hamra always thought marrying richest Petroleum business man is the most heaven on earth, therefore she marrying Teuku Lendra Hakiem, owner PT. Permina Oil in Jakarta.




Memoir Seorang Guru


Book Description

Mengisahkan seorang bapa anaknya menjadi guru. Dia tidak mahu anaknya mengalami nasib sepertinya yang dahulu.




Classics: Gadis-Gadis March (Little Women)


Book Description

Kisah kehidupan keluarga March yang mempunyai empat orang putri, tinggal di daerah Concord, Amerika Serikat pada abad ke-19. Meg yang cantik, Jo yang tomboi, Beth yang rapuh, dan Amy yang artistik. Bersama Laurie, pemuda tetangga yang menjadi teman mereka sejak kecil, keempat gadis ini berusaha meraih impian masing-masing di tengah kondisi keluarga yang berat dan tengah ditinggal sang ayah yang harus ikut berperang.




Aku Cantik?


Book Description




Sherlock Holmes: Misteri Delima Biru, Misteri Pita Berbintik & Misteri Ibu Jari Jurutera - Edisi Bahasa Melayu


Book Description

Misteri Delima Biru Sherlock Holmes dan Watson menyiasat tentang penemuan sebutir delima berwarna biru di dalam tembolok seekor angsa pada Hari Krismas. Sherlock Holmes menyedari delima tersebut merupakan milik seorang countess dan ia telah dicuri beberapa hari lalu. Mereka berdua mula menjejak pemilik angsa itu dan melalui pelbagai situasi menarik. Misteri Pita Berbintik Sherlock Holmes dan Watson dikunjungi seorang gadis yang dalam ketakutan, bernama Helen Stoner. Cik Helen mempunyai seorang kakak kembar yang telah meninggal dua tahun lepas semasa hampir majlis perkahwinannya. Caranya meninggal amat mengejutkan, dia seperti dalam ketakutan dan kata-kata terakhirnya adalah supaya berwaspada dengan ‘pita berbintik’. Kini Helen Stoner pula hampir berkahwin dan dia amat takut sekiranya perkara yang menimpa kakaknya akan menimpa dirinya pula. Sherlock Holmes dan Dr. Watson segera pergi ke rumah gadis itu untuk menyiasat. Misteri Ibu Jari Jurutera Dr. Watson didatangi Victor Hatherley yang kehilangan ibu jari tangannya. Watson membawanya bertemu Sherlock Holmes dan Tuan Hatherley mula menceritakan kisahnya. Dia diupah membaiki sebuah jentera hidraulik dengan bayaran sangat lumayan. Ketika membuat pemeriksaan ke atas mesin hidraulik itu, tiba-tiba mesin itu berfungsi dan dia nyaris nahas. Kemudian baru dia sedar sebenarnya dia sedang diserang dan orang itu berniat membunuhnya. Misteri Delima Biru (The Adventure of the Blue Carbuncle), Misteri Pita Berbintik (The Adventure of the Speckled Band), dan Misteri Ibu Jari Jurutera (The Adventure of the Engineer’s Thumb) dimuatkan dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892.




Please... Jangan ‘Tackle’ Aku


Book Description

MENYANGKA yang dirinya telah dizalimi Eizhan, kekasihnya sendiri, Nur Naziha mula membenci lelaki. Dia kemudiannya bekerja di sebuah farmasi di Mentakab. Di situ, dia diburu cinta Lokman Azad, duda kematian isteri. Lemas dikejar cinta duda itu, Nur Naziha nekad letak jawatan dan kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi, di kota raya itu juga hidupnya tidak aman. Eizhan yang tidak pernah melupakan Nur Naziha, terus mencari dan menagih cintanya. Begitu juga dengan Marzuki, abang tiri Eizhan yang ligat memburu Nur Naziha untuk memuaskan keegoannya. Kemudian, kemelut semakin meruncing apabila muncul Ridzuan Hakeem, seorang kanak-kanak lelaki comel di dalam hidup mereka. Siapakah sebenarnya Marzuki dalam hidup Nur Naziha? Dan siapakah kanak-kanak yang bernama Ridzuan Hakeem itu? Di antara Eizhan, Marzuki dan Lokman Azad, di pangkuan siapakah kasih Nur Naziha mendarat?




Bukan Hanya Sesaat


Book Description

PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah. Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.




Elit Tradisi dan Reformasi di Asia Tenggara


Book Description

Kumpulan esei Shaharuddin Maaruf ini merenungi hubung kait antara Tradisi, pemodenan dan perubahan sosial dalam dunia Melayu-Islam Asia Tenggara. Persoalan Tradisi yang sungguh kompleks ini diamati dalam aspek-aspek khusus seperti persoalan kesinambungan sejarah, nilai-nilai, jati diri dan peranan orientasi agama dalam menentukan sifat dan hala tuju perubahan sosial ini. Etos-etos sejarah yang penting, seperti feudalisme dan kolonialisme, dan kesinambungannya dikaji dalam mencoraki pandangan hidup Asia Tenggara kontemporari. Ada diandaikan salah satu faktor terpenting dalam membentuk dan mencoraki Tradisi ialah elit dan nilai-nilai mereka. Justeru esei-esei juga meninjau asal-usul dan latar belakang sosial pembentukan mereka. Sementara menentukan kesinambungan Tradisi-tradisi dan sistem nilai-nilai mereka, kumpulan-kumpulan elit ini sendiri ditentukan sifat dan pandangan hidup mereka oleh kesinambungan-kesinambungan sejarah dari zaman lampau hingga ke hari ini. Dalam memperkatakan permainan antara Tradisi dan pemodenan, sudah tentunya perbincangan mencerahkan juga rintangan-rintangan terhadap pemodenan dan perubahan sosial yang berkemajuan. Aspek-aspek ini memang sentiasa menarik prihatin dan renungan mendalam tokoh-tokoh intelektual dan reformasi dari Tradisi Asia Tenggara. Sehubungan ini karya-karya Ibn Khaldun, Multatuli, Jose Rizal, Pramoedya Ananta Toer dikaji dalam kerangka tema besar esei-esei.