Sayang Awak, Tuan Inspektor


Book Description

Tall, Dark, Handsome. Gadis mana yang tak cair tatkala melihat kelibat Inspektor Idaman Malaya a.k.a Tuan Inspektor Arish Aqlan bin Afzan? Namun, sikap cerewet tak bertempatnya menguji kesabaran. Hanya seorang sahaja yang mampu bertahan dengan perangai cengcongnya iaitu Melina binti Kamil @ Mel, pembantu peribadinya yang paling setia. Sikap Arish membuatkan walid dan maminya pening kepala. Maka, kata putus terus diberi. Cari bakal isteri secepat mungkin atau mereka sendiri yang akan memilih bakal teman hidup Arish. Lantas, Arish terus melamar Mel menjadi isterinya. Namun belum sempat bingkisan kasih mereka bertaut, kisah silam yang selama ini kukuh tersemadi terbongkar. Tambah mengeruhkan keadaan, muncul pula Qisya yang mengaku dirinya pewaris keturunan Miriam Magellan yang mahu menagih semula janji-janji lampau Panglima Awang, moyang Arish.




Love You Forever


Book Description

Aku tak pernah rasa bahagia dalam hidupku. Aku berharap ibu dapat menerimaku sebagai anaknya. Aku juga berharap dapat meraih cinta suamiku. Tetapi... sanggup abang? Kenapa selalu buat Farah begini? Abang pentingkan perempuan lain daripada isteri abang sendiri. Farah cintakan abang dan akan tunggu abang sampai bila-bila. – FARAH ALWANI Perempuan tak guna. Kalau ibu kau sendiri tak terima kau sebagai anak, jangan haraplah aku nak terima kau sebagai isteri aku. Aku hanya cintakan Amalina. Aku tak boleh hidup dengan perempuan yang aku tak cinta. Berambus kau dari hidup aku! – QALIFF FAKHRUL Akhirnya aku berjaya juga menghapuskan perempuan itu dalam hidup Rul. Rul hanya untuk aku. Harta dia kepunyaan aku. Aku sanggup buat apa saja untuk menghapuskan orang yang jadi penghalang cintaku. Aku tak sanggup kehilangan Rul. – WAN AMALINA Hidup aku musnah. Masa depan aku menjadi gelap. Aku benci kau, Farah. Aku benci kau! Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau sebagai darah daging aku. Disebabkan kaulah maruah aku tercalar. Aku benci kau! – KALSOM




Dia Yang Mengerti


Book Description

Kata-kata Bidan Sauyah menusup dalam fikiran Suriyana. Kemarahannya menjulang-julang terhadap Wardina Amni. Dia tidak mahukan anak itu. Kebencian bertukar dendam. Sebaik saja anak itu dilahirkan, terlalu banyak bencana yang datang. Dia benci, benci, benci! - Wardina Amni - Ada waktunya aku dihina, dikeji dan dipandang mereka dengan penuh jijik. Kehadiranku langsung tak dipedulikan meskipun kelahiranku ke dunia ini, bukan aku yang pinta. - Amir Haziq - “Yang penting, Dina ada abang dan abang ada Dina.” Roda alam terus berputar. Wardina Amni bangkit mencari kebahagiaan. Dia ingin mencapai bintang. Dia juga dambakan keadilan. Haknya sebagai anak harus dipertahankan. Bak seorang pengemis, dia terus menadah kasih. Dia mengharap agar kerinduannya berbalas jua. Sampai bilakah caturan takdir dukanya akan bertukar manis?




Inikah Cinta


Book Description

CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan. Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia. Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.




Sayang Si Lanun


Book Description

WAFIYA WAFA - Dia tidak mahu mewarisi harta peninggalan Haji Wahid. Dia tidak betah menghadap air laut walaupun di situlah tempatnya dibesarkan. Hatinya lebih gembira menatap lukisan kaku berbanding air masin. Tapi impiannya musnah apabila terpaksa menunaikan wasiat abahnya untuk menguruskan Sun Beach Resort. Paksaan yang menemukan dia dengan Lanun Pulau Sibu, Ghazi Faiq. Si lanun itu tidak akan dapat mengaburi matanya untuk menjual tanah Sun Beach Resort. Itu tekadnya. GHAZI FAIQ - Dia akan pastikan jiran sebelah itu menjual tanahnya. Dia akan lakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan tanah Sun Beach Resort. Dia tidak akan mengalah pada gadis kepala batu seperti Wafiya Wafa. Gadis itu pasti akan tunduk dengan pujuk rayu dan ayat manisnya. Tanah itu akan menjadi milik Hotel Diamond. Itu azamnya. Pulau Sibu menjadi huru-hara gara-gara Wafiya dan Ghazi. Tanpa diduga, perasaan kasih mula hadir dalam diri masing-masing. Namun, banyak halangan yang menyekat perasaan kasih itu daripada berkembang. Berjayakah si lanun memecahkan tembok halangan itu agar dia dapat bersatu dengan puteri hatinya?




Kahwin Tiga Kali


Book Description

KALAU dah jodoh, tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua. Begitulah diibaratkan dengan Farizan Natasha yang bertemu jodoh dengan Tengku Azman setelah kecewa diceraikan Shah Iskandar, suami tercinta. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia diduga untuk kali kedua. Tengku Azman pergi meninggalkan Farizan Natasha bersama Engku Nisha dan kandungan yang semakin membesar. Shah Iskandar pula mula menyesali kesilapan diri dan ingin menagih kasihnya kembali. Darwish, lelaki yang dikenali hampir 25 tahun dahulu, pernah menjadi lelaki yang dicintai Farizan Natasha. Mereka berdua terpisah oleh peredaran masa. Di Terengganu, mereka berdua kembali bertemu. Siapakah yang akan memiliki cinta dan membahagiakan Farizan Natasha dan anak-anaknya? “Buat masa ni, Sha tahulah abang sayangkan Sha. Tapi esok lusa manalah tahu kan kut-kut abang dah jumpa bidadari, terus tinggalkan Sha. Abang, Sha sayangkan abang dengan sepenuh hati. Janji dengan Sha yang abang takkan tinggalkan Sha ya.” - Farizan Natasha. “Bila abang pandang wajah dia, abang terbayangkan Sha dan bila abang pandang wajah Sha, abang terbayangkan dia. Abang amat mencintai kedua-duanya, Sha.” – Shah Iskandar. “Idea yang bagus tu. Kita ikut sunah nabi, perempuan pinang lelaki. I like!” - Tengku Azman. “Maksud abang, kalau nanti kita bertemu semula dan kalau-kalau masa tu kita berdua belum kahwin, kita berdua kahwin ajelah.” - Darwish.




Jual Beli Cinta


Book Description

Kenangan silam yang pahit memang parah! Lagi-lagi kalau pernah putus cinta. Lebih sakit, kalau lelaki itu selamba pergi tanpa salam terakhirnya! Geram! Puas Airin Zulaikha Shane mencari di mana buah hati pengarang jantungnya. Kepulangannya ke Malaysia hanya menambah rajuk di hati. Lelaki itu tetap tidak ditemui. Namun, dalam diam... Zulaikha mula mendambakan Razif, jejaka yang ditemui secara tidak sengaja saban tahun. Siapa sebenarnya dia? Sekejap ada, sekejap tak ada. Misteri betul!




Gelora Jiwa


Book Description

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara. Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!




Misteri Batu Kristal


Book Description

BATU kristal yang dimiliki oleh Syahida sangat unik dan istimewa. Dia amat berbangga memiliki batu kristal itu. Namun, batu kristal itu telah menyusahkan dirinya. Kerana batu kristal itu jugalah, nyawa Syahida dan Azri dalam bahaya. Sekumpulan penjenayah berusaha mencari Syahida kerana rahsia mereka telah terbongkar apabila wajah salah seorang daripada mereka terpampang di dalam akhbar. Syahida berjaya dijadikan tebusan dan Azri pergi ke tempat persembunyian kumpulan penjenayah itu untuk menyelamatkan rakannya. Apakah kegiatan yang dilakukan oleh penjenayah tersebut dan apa kaitan dengan batu kristal itu? Dapatkah Syahida diselamatkan oleh Azri? MISTERI BATU KRISTAL mengungkap persoalan ini...




Syurga Di Hati


Book Description

AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan. Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.