Sayang Awak, Tuan Inspektor


Book Description

Tall, Dark, Handsome. Gadis mana yang tak cair tatkala melihat kelibat Inspektor Idaman Malaya a.k.a Tuan Inspektor Arish Aqlan bin Afzan? Namun, sikap cerewet tak bertempatnya menguji kesabaran. Hanya seorang sahaja yang mampu bertahan dengan perangai cengcongnya iaitu Melina binti Kamil @ Mel, pembantu peribadinya yang paling setia. Sikap Arish membuatkan walid dan maminya pening kepala. Maka, kata putus terus diberi. Cari bakal isteri secepat mungkin atau mereka sendiri yang akan memilih bakal teman hidup Arish. Lantas, Arish terus melamar Mel menjadi isterinya. Namun belum sempat bingkisan kasih mereka bertaut, kisah silam yang selama ini kukuh tersemadi terbongkar. Tambah mengeruhkan keadaan, muncul pula Qisya yang mengaku dirinya pewaris keturunan Miriam Magellan yang mahu menagih semula janji-janji lampau Panglima Awang, moyang Arish.




Sayang Awak, Sayang


Book Description

SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik. Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...” Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.




Gaduh-Gaduh Sayang


Book Description

“Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata. Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak jadi nak kahwin dengan aku.” Syazana memasang tekad. “Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walau aku masih teringatkan Qistina. Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome. Apa kata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala.” Rafi qi merancang. Kalau sudah jodoh, akhirnya kahwin juga.




Antologi Bunuhan


Book Description

Novel antologi bertemakan aksi ini telah ditulis oleh 4 orang penulis hebat terdiri daripada Lynn Dayana - Sakura Samseng Jalanan Syaida Ilmuna - Tren Laila Kamilia - Cinta Top Secret Versi 1.0 Izza Aripin - Jejak Hantu




PROJEK THRILLER - BAYI


Book Description

PRODIGI – Fitri Hussin Selepas lebih sepuluh tahun menunggu, akhirnya pasangan Yakub dan Zarina dikurniakan juga seorang anak oleh ALLAH SWT. Tetapi tidak lama selepas dilahirkan, Sofea, bayi mereka diculik dan diburu oleh dua pihak. Siapakah sebenarnya bayi yang ditunggu dan dicari Agensi Palang sejak tahun 1824 itu? Siapa pula Iqbal? Apakah yang berlaku kepada Sofea? “Terlalu penting. Lahirnya akan membawa bencana kepada kita. Dia akan membongkar segala penipuan kita. Menggegarkan dunia dan mungkin menjatuhkan kita." Stamford Raffles. Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna "Modus operandinya sama. Wanita, berseorangan dan muda. Ditikam pada bahagian leher. Cuma kali ini, janinnya dikeluarkan. Seperti ada orang lain yang melakukan cara pembunuhan yang sama dalam lingkungan tempat yang lebih kurang dekat dengan pembunuhan pertama.” Novel untuk Atikah – Resmanshah “Betul kata ayah kamu. Kejap lagi, semuanya akan berakhir!” laung gadis itu ketawa semahu-mahunya. Lalu diangkat kapaknya. Lantas dilibas sekuat tenaga!




Nafas Terakhir


Book Description

Malek tidak pernah terfikir akan terjebak dalam kancah hitam yang bakal memusnahkan masa depannya. Kerana kefasiqannya, dia terleka dan tanpa disedari, Geng M16 menjadi pilihan. Dia terheret ke lembah hitam yang tiada penghujungnya...




Fitrah Kasih


Book Description

MURNI ditakdirkan lahir sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerimanya. Hidupnya setiap hari dihiasi dengan cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yang punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih. Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik untuk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yang mula berputik di jiwa. Dengan memegang status sebagai anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yang paling hina. Biarlah... dia rela berkorban andai itu suratannya.




Nota Cinta Origami


Book Description

Saera nekad menjadi jururawat peribadi kepada Aunty Rosnah; ibu Faris yang sedang koma. Sebenarnya tidaklah sesukar mana pun menjadi jururawat peribadi di rumah agam itu. Namun, sikap Faris yang penuh syak wasangka dan sering mendesaknya membuatkan hidup dia haru-biru. Kedatangan Mia Sara, anak kecil Faris dan kepulangan Zafran ke tanah air, mula mengubah tanggapan Faris terhadap Saera. Namun, sifat cengilnya tetap menyukarkan Saera. Berlandaskan alasan khuatir Zafran dikecewakan lagi, Faris mula tidak menyenangi hubungan baik antara Saera dan Zafran. “Saya cuma minta awak jangan main-mainkan perasaan Zafran. Awak tahu kan dia pernah dikecewakan dulu,” ingati Faris kepada Saera.




Ouran High School Host Club, Vol. 1


Book Description

One day, Haruhi, a scholarship student at exclusive Ouran High School, breaks an $80,000 vase that belongs to the "Host Club," a mysterious campus group consisting of six super-rich (and gorgeous) guys. To pay back the damages, she is forced to work for the club, and it's there that she discovers just how wealthy the boys are and how different they are from everybody else. -- VIZ Media




Large Classes


Book Description